lidah ku kelu mindaku membeku
hati ku bagai di toreh
rasa seperti mahu melaung
agar ia keluar dari tubuh
agar ia keluar dari minda
supaya aku lbih tenang kini
pergilah hati yang lara
datanglah hati gembira
jangan biar aku sengsara
biarkan ku gembira
biar aku takluk dunia
dunia yang telah ku reka
sedetik aku merasai kau bukan untukku
dan seketika aku bukan untukmu
sehingga tidak dapat aku mereka
apa lagi yang tinggal untuk kita
kecewa selamanya atau itu sementara
adakah pelangi akan KAU datangkan untuk aku rasa?
aku buntu
pohon aku kepada ENGKAU
biarkan aku bahagia
bukan terluka
dengan dia
dan CINTA KAU selamanya
tetap aku utamakan
bantulah aku
untuk cinta KAU berkekalan
dan cinta dia dapat aku kekalkan
kerna aku tak mampu
tak mampu untuk bertahan
apa yang KAU akan sampaikan
untuk ku kelak
(~_^)
ReplyDeleteaiyo...
ReplyDelete